Maklumat Penanaman Begonia Dragon Wing

Maklumat Penanaman Begonia Dragon Wing
(Begonia X hybrida)

Percambahan
Saiz Dulang

Tanaman Dragon Wing adalah paling sesuai dihasilkan dalam dulang semaian dengan 200 lubang. Ini membolehkan tanaman membesar secukupnya pada peringkat anak benih supaya arah batangnya boleh dibetulkan pada peringkat penanaman. Orientasi ini boleh dilihat dalam dulang yang lebih kecil tetapi tidak begitu jelas.

Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik dan bebas dari penyakit dengan pH di antara 5.8 hingga 6.0 dan EC 0.5 mmhos/cm. Biji benih boleh dilitupi dengan lapisan vermikulit yang nipis jika anda menggunakan biji benih bersalut dan meletakkannya pada rak.

Kelembapan
Pastikan media adalah tepu sepanjang proses percambahan.

Suhu
72 hingga 75¡ãF (22 hingga 24¡ãC). Kekalkan suhu yang sama.

Kelembapan Udara
Kekalkan kelembapan relatif pada lebih kurang 95% atau lebih tinggi.

Cahaya
Cahaya akan dapat membantu tetapi tidak diperlukan bagi percambahan. Anda boleh menggunakannya semasa penghasilan anak benih.

Suhu
Selepas radikel kelihatan, kekalkan suhu tanah pada 70¡ãF (21¡ãC) untuk 2 minggu. Pada minggu ke-3, suhu boleh dikurangkan ke 65¡ãF (18¡ãC).

Kelembapan
Selepas radikel kelihatan, kurang kelembapan media sedikit. Kekalkan kelembapan media yang seragam sehingga daun sebenar muncul; kemudian biarkan media mengering sebelum menyiram. Elakkan dari memberi tekanan kepada anak benih sehingga Peringkat IV.

Cahaya
Cahaya akan membantu memastikan anak benih yang berkualiti lebih baik. Selepas radikel muncul, kekalkan kadar cahaya pada 400 hingga 2,000 f.c. (4,000 hingga 20,000 Lux) untuk 2 minggu.

Pembajaan
Mulakan pembajaan selepas 5 hari tanaman keluar dari pondok percambahan, atau 10 hari selepas tanaman bercambah di atas rak. Anak benih Dragon Wing memerlukan lebih baja dari begonia fibrous yang lain. Saranan aplikasi adalah 50 ppm N, hingga 3 kali setiap minggu. Pada minggu ke-3, tingkatkan baja ke 150 hingga 200 ppm N, 2 hingga 3 kali setiap minggu.

Penggunaan Growth Regulator
Growth regulator tidak diperlukan untuk penghasilan anak benih Begonia Dragon Wing


Pertumbuhan Sehingga Akhir
Begonia Dragon Wing boleh dipindahkan ke dalam bekas dengan pelbagai saiz.

Pemindahan
Oleh kerana batangnya mempunyai arah pertumbuhan, adalah penting bagi anak benih Dragon Wing untuk diletakkan pada arah yang betul semasa lebih dari 1 anak benih dibubuh dalam bakul dan bekas untuk pertumbuhan seterusnya. Anak benih perlu diletakkan pada kedudukan di mana pucuk yang tumbuh menghala ke luar, kepada bahagian dalam bekas. Kedudukan inilah yang mana bunga akan tumbuh. Pertumbuhan akan berada pada arah yang sama sehingga tanaman matang, memastikan bahawa bunga berada di bahagian luar bekas.

Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.4 hingga 6.0 dan konduktiviti elektrik (EC) pada 1.0 mmhos/cm.

Cahaya
Dedahkan tanaman kepada keadaan cahaya yang tinggi ¨C 3,000 hingga 7,000 f.c. (30,000 hingga 70,000 Lux). Jangkamasa siang dan kualiti cahaya boleh memberikan kesan dramatik kepada pertumbuhan; jangkamasa siang juga akan mempengaruhi masa pembungaan. Begonia Dragon Wing akan mula berbunga dalam keadaan masa siang yang biasa untuk sepanjang tahun, menjadikannya pilihan yang baik untuk tanaman sepanjang tahun bagi kawasan yang lebih pana. Ianya akan berbunga 1 hingga 3 minggu lebih awal dalam keadaan masa siang yang lebih singkat. Masa siang yang singkat (8 hingga 10 jam) akan menyebabkan tanaman tumbuh secara hampir mendatar. Masa siang yang biasa atau HID akan menjadikan tanaman tumbuh secara sederhana dan melengkung. Masa siang yang lama menggunakan cahaya pijar akan membolehkan tanaman tumbuh lebih tegak, yang akan membantu penghantaran (keluasan yang lebih kurang diperlukan dengan kerosakan yang berkurangan).

Penyiraman
Begonia Dragon Wing yang kurang disiram boleh mengelakkan penyakit jenis berkulat atau kulapuk air. Akan tetapi, siraman yang tidak mencukupi akan menyebabkan tanaman layu dan pembungaan akan menjadi lewat. Jumlah cabang juga akan kurang dan menyebabkan tanaman kelihatan pucat.

Pembajaan
Pembajaan pada kadar 200 ppm N sekali setiap minggu boleh dimulakan sebagai sahaja akar kelihatan pada anak benih.

NOTA: Pertumbuhan yang terbantut dan / atau kekurangan air akan memperlambatkan pembungaan sehingga 1 hingga 2 minggu.

Penggunaan Growth Regulator
Pasu 4-in. (10-cm): Semburan 3 ppm (0.75ml/l) Bonzi boleh digunakan setiap minggu untuk 3 aplikasi bagi memastikan kepadatan tanaman. Mulakan aplikasi pertama 2 minggu selepas pemindahan.
Pasu 6-in. (15-cm): Semburan 5 ppm (1.25 ml/l) Bonzi 2 minggu selepas pemindahan adalah didapati efektif semasa sesi percubaan. Tambahan 1 atau 2 semburan 5 ppm (1.25 ml/l) Bonzi setiap minggu selepas aplikasi yang pertama akan menyebabkan pembungaan yang awal, internode yang lebih pendek, daun yang lebih gelap serta percabangan yang seragam. Untuk bekas yang lebih besar, penggunaan yang lebih mungkin tidak diperlukan. Semasa sesi percubaan. Begonia Dragon Wing tumbuh dalam pasu 8-in. (20-cm) dengan 3 tanaman untuk setiap pasu kelihatan mempunyai lebih banyak cabang dan bunga berbanding tanaman dalam pasu 6-in. (15-cm) tanpa sebarang penggunaan growth regulator.

NOTA: Anda disarankan mengadakan sesi percubaan untuk menentukan kadar yang terbaik bagi lokasi anda. Anda dinasihati supaya sentiasa mengikut arahan label dari pembekal terkini.

Masalah Lazim
Begonia Dragon Wing agak bebas dari penyakit dan serangga. Tiada masalah yang besar jika kaedah penanaman dan kultur yang digunakan adalah baik. Rangkaian insectisid yang luas telah diuji pada tanaman Dragon Wing dengan kesan phytotoxicity yang kurang atau tidak kelihatan.

Tip
Dalam Taman dan Landskap
Tukang kebun dan ahli landskap akan dapat melihat hasil yang terbaik apabila mereka menanam Begonia Dragon Wing di lokasi yang dikeringkan dengan baik dan mempunyai cahaya separa penuh atau telah ditapis. Bubuh baja kegunaan semua dengan kerap. JIka daun berubah menjadi warna gangsa (kemerahan), lebih baja adalah diperlukan. Dalam landskap dan taman, letakkan tanaman Dragon Wing pada tengah pasu 10 hingga 12-in. (25 hingga 30-cm). Begonia Dragon Wing akan mencapai ketinggian 12 hingga 15 in. (30 hingga 38 cm) dan sebar sehingga kira-kira 15 hingga 18 in. (38 hingga 45 cm) dalam taman